ASSAR Group

...diversified portfolio of investments

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home > News > Press Release > `Caj 10% berpatutan' Kemudahan di Kuching Sentral untuk keselesaan semua

`Caj 10% berpatutan' Kemudahan di Kuching Sentral untuk keselesaan semua

0leh Micheal Sering, Harian Metro, 2 Mac 2012

KUCHING: Pengurusan Kuching Sentral kekal dengan keputusan mengenakan caj 10 peratus daripada jualan tiket syarikat bas ekspres yang beroperasi di terminal bas bernilai RM100 juta berkenaan.

Pengarah Kuching Sentral dan Pengurus Besar Permodalan ASSAR Sdn Bhd, Ghazali Ismail berkata, pihaknya sedar ada syarikat bas ekspres tidak (bersetuju dengan kadar caj berkenaan dan pengenalan beberapa sistem baru diperkenalkan di terminal bas itu.

Katanya, caj 10 peratus itu hanya bagi bas ekspres yang mengambil penumpang di terminal bas di terminal Kuching Sentral, manakala tiada sebarang bayaran dikenakan bagi yang menurunkan penumpang.

"Kadar ditetapkan itu adalah wajar memandangkan kawasan ini turut menyediakan pelbagai kemudahan terkini sama ada untuk penumpang atau syarikat bas ekspres sendiri," katanya selepas menyambut ketibaan bas ahli Persatuan Bas Express Sarawak yang dirasmikan Pengerusi Kumpulan Syarikat ASSAR, Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohd Nor di terminal terbabit, semalam.

Terminal baru itu juga menyediakan ruang menunggu berhawa dingin, skrin berkomputer rnenunjukkan jadual perjalanan bas dan kaunter penjualan tiket berkomputer bagi mengelak kegiatan ulat tiket yang sebelum ini merugikan syarikat bas ekspres.

"Banyak kemudahan lain di terminal itu sebenarnya percuma seperti ruang kargo dan tempat letak bas yang bukan saja bagi keselesaan pengusaha, malah pelanggan mereka," katanya.

Kuching Sentral yang mempunyai 45 tempat letak bas, teksi dan van komersial (25), 400 tempat letak kereta serta tempat letak motosikal itu bakal menjadi penghubung bagi seluruh Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.

Terminal itu mampu menampung 12,000 penumpang. Selain kemudahan kondusif dan moden menitikberatkan keselesaan pengguna, KSSB turut menyediakan kemudahan awam selain kamera litar tertutup (CCTV), surau dan mesin pengeluar wang automatik.