ASSAR Group

...diversified portfolio of investments

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home > News > Press Release > ASSB Umum Dividen Interim 1.50 Peratus

ASSB Umum Dividen Interim 1.50 Peratus

Content: Taken from - http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?cat=srm&id=641099
January 19, 2012 15:38 PM

KUCHING, 19 Jan (Bernama) -- Amanah Saham Sarawak Berhad (ASSB) Khamis mengumumkan agihan tunai interim 1.50 peratus atau bersamaan dengan 1.5 sen seunit bagi pemegang unit dana saham amanah negeri, Amanah Saham Sarawak (ASSAR) bagi separa pertama tahun kewangannya yang berakhir pada 30 Jun, 2012.

Sejumlah RM8.32 juta akan diagihkan kepada 72,263 pemegang unit berdaftar yang melanggan 554.54 juta unit ASSAR pada Disember 2011.

"Agihan tunai interim itu, yang merupakan dividen ke-24 bagi ASSAR sejak penubuhannya pada Ogos 1993, membuktikan komitmen dan keupayaannya mengekalkan dasar mengisytiharkan dividen kepada pemegang unitnya," kata ASSB dalam satu kenyataan, di sini.

Ia berkata dividen berjumlah RM500 ke bawah secara automatik akan dilabur semula ke dalam unit ASSAR dan dikreditkan ke dalam akaun pemegang.

Pembayaran cek bagi dividen berjumlah melebihi RM500 akan dihantar ke alamat terbaharu pemegang unit dalam daftar pelabur ASSAR.

Nilai aset bersih ASSAR susulan pembayaran dividen interim kekal pada RM1.00 seunit.

Sejak penubuhannya, ASSAR mengagihkan sejumlah RM578.04 juta dalam unit dividen tunai dan bonus kepada pelaburnya, atau bersamaan dengan pulangan purata 6.57 peratus setahun.

 

-- BERNAMA