ASSAR Group

...diversified portfolio of investments

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home > News > Press Release > Hospital Columbia Asia, Tanjung Kidurong dibuka kepada umum dalam masa terdekat

Hospital Columbia Asia, Tanjung Kidurong dibuka kepada umum dalam masa terdekat

Borneo Post Online, Posted on January 9, 2010, Saturday

BINTULU: Sebuah hospital swasta dikenali sebagai Hospital Columbia Asia yang berharga RM10 juta di Jalan Tanjung Kidurong dijangka dibuka kepada umum dalam masa terdekat dan bakal menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang efesien untuk penduduk di bahagian ini.Pusat rawatan milik swasta seluas 2 ekar itu dibangunkan bersama oleh ASSAR (Development) Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)yang mana BDA memegang 40 peratus syer dan ASSAR 60 peratus syer bangunan tersebut. Operasi hospital itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh Columbia Asia.

Kemudahan yang terdapat di hospital itu terdiri daripada Dewan Bedah serta dilengkapi dengan 19 katil untuk pesakit termasuk Wad Kanak-kanak.

Pembinaan hospital itu bakal menyediakan kemudahan rawatan kesihatan yang lebih dekat sekali gus bagi mengatasi masalah kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung penduduk apabila mendapatkan rawatan di Hospital Columbia Asia di Miri.

Hospital yang terletak di lokasi yang strategik itu berdekatan dengan kawasan perumahan Kidurong dan kawasan perindustrian di Kidurong.

Selain Bintulu, cawangan lain Hospital Columbia Asia adalah di Taiping Perak, Puchong Selangor, Shah Alam Selangor, Seremban Negeri Sembilan dan Miri Sarawak.